Monday, 15 September 2014

KETUMBUHAN FIBRIOD & SHAKLEE

Apakah Ketumbuhan Fibroid?
*************************
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.

Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.

Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.



Mengapa Tumbuh Fibroid?
***********************
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.



Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
*************************************
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja. Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

 Apakah Gejala-gejala Fibroid?
**************************
Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.  Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang  sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.

Gangguan Haid
*************
Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.

Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

 Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
*************************************
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.

Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.  Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.

 Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
********************************************
Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala  wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.

Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
***********************************
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.

 Apakah Fibroid Perlu Dirawat?
*************************
Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.

Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.

 Fibroid Dirawat Secara Pembedahan
*******************************
Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.

Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.

 Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
**********************************************
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.


Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan  ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.

Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon
*********************************
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang  ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila  masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan  berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.

Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.





Info Dari

Monday, 7 July 2014

Cara Mudah Untuk Membeli Produk Shaklee - Step by Step Dengan eSell

Alhamdulillah.. berita BAIK PUNYA untuk korang diluar sana yang sebelum ni tak suka, tak minat nk beli shaklee ngan saya tp bila da terbuka hati nak beli tu malu lak nak contact balik...
Ni haaa berita baiknya,..
Shaklee dah upgrade 1 lagi system untuk korang diluar sana urus sendiri pembelian secara online yang dikenali sebagai eSell.
Konsep eSell senang.. klik link yang disediakan dan ikut step yang diajar.. then SIAP!.. tunggu je barang sampai yer..


CARA-CARANYA

1. Klik link ---- > ORDER SINI 
2. Korang akan jumpa page macam ni..


 3. Klik button AGREE dan NEXT.
4. Korang akan jumpa page macam ni..


5. Lepas buat pilihan korang tekan button CHECKOUT
6. Korang akan jumpa page macam ni 


7. Masukkan butiran-butiran anda untuk tujuan pengeposan. Klik CONTINUE
8. Semak semua maklumat. Barang yang ada stok akan ditulis IN STOCK
9. Selesai penyemakan klik PROCEED FOR PAYMENT
10. Isikan maklumat kad kredit atau kad debit anda
11. Klik CONFIRM PAYMENT
12. Print order anda supaya senang untuk tracking semula

SANGAT SENANGKAN??

pilihan ditangan sendiri..
takde paksaan 

Untuk sebarang pertanyaan @ bantuan sila hubungi 014-5222876


Friday, 4 July 2014

Puasa Lebih Bermakna Dengan Shaklee

Alhamdulillah Ramadhan berkunjung lagi tahun ini, 2014..
Seiring dengan itu umur kita pun makin meningkat.. kadang2 terasa letih sangat2 nak2 skrg ni dengan cuaca yang tahap panasnya yang lebih drpd Ramadhan2 tahun sebelumnya..
so disini saya nak berkongsi 1 cara untuk dapatkan kembali tenaga seperti masa muda remaja kita..
Excited setiap kali sambut Ramadhan... 
Yeaahhh!!! GO FOR IT!!!

SET MIGHTY 3 GEMS SET TERBAIK DAN MENJADI PILIHAN RAMAI UNTUK BULAN PUASA.. LEBIH2 LAGI TU HAAA PERFORMANCE DRINK.

Terdiri daripada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa Vanilla)Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). 


Apa fungsi minuman-minuman berkhasiat ini ketika puasa?

Energizing Soy Protein -  sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama.  

Meal Shakes - sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. Ini sebabnya Meal Shake adalah sumber nutrien yang terbaik!!

Performance Drinks - minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar.  Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan dan dipenghujung sahur supaya esoknya kekal bertenaga :)




Ketiga-tiga produk ini memainkan peranan untuk membekalkan segala jenis nutrien dan keperluan harian tubuh manusia agar terus bertenaga dan cerdas sepanjang Ramadhan Kareem ni.
Sesuai utk seisi keluarga. Ibu hamil, menyusukan bayi, warga emas, kanak2, remaja dan mereka yang bekerja di luar/tempat panas.

Juga untuk mereka yang kadang-kadang tak sempat untuk masak ketika sahur / terlewat bangun sahur :)

waktu2 terakhir sahur tu minum 1 gelas PD pasti terasa kelainannya puasa bulan ni.. :)



Untuk pembelian boleh KLIK SINI
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 0145222876

#PengedarShakleeUntukSemua
#sayajual

Wednesday, 2 July 2014

Atasi Demam Denggi Dengan Shaklee

Dengan cuaca yang tak menentu ni..
banyak kes demam denggi dilaporkan..
ni nak bg cadangan SET UNTUK DEMAM DENGGI

#sayajual



PERFORMANCE DRINK

1. Dapat membantu meningkatkan daya ketahanan badan 
– memberikan tenaga kepada otot dan sel yang cepat, mengelakkan dehidrasi (kehilangan air) semasa demam dan terbukti secara klinikal dalam memlihara paras gula daram darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan.

2. Membekal tenaga & daya ketahanan fizikal 
– ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus magnesium dab chloride. Tidak mengandungi perisa. pewarna dan bahan pengawet sepertimana minuman isotonik sukan di pasaran.

NUTRIFERON

1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari 
– ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

Vita C

1. Peningkatan Sistem Imun
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.


jom tengok apa kata testimoni


Segala penyakit datang daripada Allah, kita manusia jangan mudah putus asa mencari penawar :
XOXO

Nak order?? KLIK SINI

Tuesday, 20 May 2014

Supplement untuk Ibu Hamil

Wahai ibu-ibu hamil diluar sana.. Kali ni nak cerita sikit pasal supplement shaklee yang para ibu hamil ni tak digalakkan ambil.. Kalau boleh elakkan ye..
begitu juga ALFALFA ye korang...
Tak boleh ambil...

Tapi jangan risau, banyak lagi produk lain yang korang boleh ambil untuk menjaga kesihatan kandungan korang..

Boleh ADD ON Zinc Complex untuk lepas Bersalin supaya luka lepas bersalin cepat sembuh 


Buat pilihan terbaik untuk anugerah terindah dalam hidup korang

zuera
0145222876


Monday, 19 May 2014

KULIT FLAWLESS DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE


INGINKAN KULIT YANG FLAWLESS MACAM NI??
SEMUA BOLEH DENGAN SHAKLEE!!
TRY LA SET SKINCARE SHAKLEE
#VITAMIN_C
#VITAMIN_E
#B_COMPLEX
#ESP
#GLA

NAK SET BAJET??
NAH PILIH MANA MEMENUHI BAJET KORANG :)




Sunday, 18 May 2014

BAKAR LEMAK DENGAN SHAKLEE : OMEGA GUARD VS LECITHIN

Makan banyak malam ni??
risau berat naik??
ishhh3 jangan risau..
lepas makan tu telan la 3 biji Omega..
xpun telan 3 biji lecithin
Settle masalah :)


Fungsi Lecithin : -

LECITHIN SEBAGAI PENGEMULSI LEMAK?

Lecithin yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental. 

Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.

Ia juga berfungsi: - 


  • Membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan disamping turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan serta membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. Lecithin adalah makanan untuk otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia kerana ianya merupakan sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur. (Patutlah MJ mudah lelapkan mata, sebelum ni puas golek kiri kanan baru lena)
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru untuk mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS
  • Lecithin juga membantu meredakan bengkak susu.


Fungsi Omega Guard : - 

BAGAIMANA DENGAN OMEGA GUARD?

Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Haa nampak tak macamana kalau Lecithin dan Omega digabungkan? Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak? Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku. Omega 3 berfungsi secara begini:

Menghalang pembentukkan lemak --> menambah metabolism --> bakar lemak

Ia juga berfungsi: - 


  • menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.
  • Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dr kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. 

Zuera
014-5222876

Thursday, 8 May 2014

SEMBELIT??? ATASI DENGAN PRODUK SHAKLEE

Apa itu Sembelit??
Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar.Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Sembelit terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti dibawah...
  1. Kurang minum air
  2. Kurang serat tapi lebih makanan berlemak dan gula
  3. Selalu menahan diri dari membuang air besar
  4. Kurang bersenam atau pergerakan contohnya selepas kemalangan
  5. Perubahan berkaitan faktor usia
  6. Penyalahgunaan julap
  7. Dehidrasi
  8. Ubat-ubatan seperti setengah ubat penahan sakit seperti tramal, ubat batuk mengandungi codein, pil zat besi, ubat kemurungan dan ubat alahan
  9. Ketumbuhan usus besar
  10. Kesakitan bahagian dubur
Komplikasi / kesan sembelit
  • Najis mengeras dan membatu
  • Usus tersumbat
  • Ulser usus besar
  • Lelehan najis disekeliling najis yang menyumbat
  • Meneran berlebihan yang mengakibatkan pitam, serangan jantung dan strok
  • Pundi air kencing tersekat
  • Jangkitan salur kencing
  • Buasir
  • Luka dan sakit dubur
  • Usus terkeluar
  • Perdarahan di dubur
Antara supplement yang mampu membantu menyelesaikan masalah Sembelit adalah Herb lax, Lecithin dan Alfalfa dan juga Ostematrix untuk ibu mengandung :)

(1) Herb – lax – 
Mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detox.

(2) Lecithin –  
Untuk mengelakkan lemak jahat terkumpul di dalam saluran darah atau mana-mana bahagian tubuh kita, lawannya adalah lemak baik. Lecithin adalah sejenis lemak yang menghalang lemak di dalam makanan dengan mengurai serta mengapungkannya di dalam saluran darah.

(3) Alfalfa Complex –  
Alfalfa  adalah store bagi nutrient. Ianya kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral. Sifatnya yang kaya dengan mutltivitamin membantu untuk badan yang tinggi acid menjadi beralkali. Di samping itu, alfalfa akan meneutralkan toxin dalam badan serta memberikan lebih banyak protein tanpa lemak tepu daripada product berasaskan haiwan.

(4) Ostematrix - 

Saturday, 3 May 2014

Omega Guard Shaklee vs Asma

Entri kali ni, saya ingin berkongsi tentang produk shaklee untuk penyakit Asma. Tapi sebelum tu, kita kena la kenal dulu apa itu penyakit asma kan? jom kenali penyakit asma...

Asma atau lelah adalah penyakit saluran udara yang kronik. Penyakit immunologi yang menyebabkan kita sukar untuk bernafas. Ini adalah kerana ketika diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma atau lelah ni mungkin akan mengalami pernafasan bersiul iaitu wheezing, sesak nafas dan sukar untuk bersenam.


Ketika otot mengejang, saluran udara akan mengecil dan menghalang pernafsan dan apabila ini terjadi paru-paru akan berkurangan udara. Dan akibatnya daripada itu, pesakit boleh  jatuh pengsan.


Tanda-tanda atau simptom penyakit asma adalah seperti sesak nafas, nafas berbunyi, ketat dada dan batuk.Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang membengkak tadi.


Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan.

Ni antara testimoni yang da berjaya mengurangkan serangan asma..


Omega Guard mmg berkesan untuk mengurangkan serangan asma ni. Bukan setakat asma je, untuk kanak2 yang antibodi lemah, kerap demam & selesema, untuk sakit2 sendi, untuk kurus pun boleh okay!! 

Kenapa ye OmegaGuard ni begitu berkesan? 

Sebabnya, OmegaGuard ni mengandungi asid lemak Omega3 yang pekat lagi tulen ..

Omega Guard melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya, ia telah melalui penyulingan proprietari 3 molekul yang telah menghasilkan sebegitu tulen dan pekat asid lemak Omega nya.

Kaedah ni, memang teramat2 mahal dan hanya Shaklee satu2nya yang menghasilkan minyak ikan dengan proses sebegini hebat. Sebab tu, harganya setara dgn kualiti bukan jauh mahal okes. Masih mampu milik sebenarnya dengan dibandingkan manfaat yang datang darinya.

Minyak ikan dalam OmegaGuard ni bukan datang dari hati ikan okes.. sebabnya kat hati kandungan toksid nya terlalu tinggi wooo..

Omega Guard ni adalah Minyak Ikan Terbaik Di Dunia. Ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Antara keistimewaan Omega Guard yang lain :

Melindungi Jantung Anda*

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
- Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
- Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

 Ibu Menyusu
- Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak

- Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
- Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema berterusan
- Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
- Sakit Stroke

Tuesday, 22 April 2014

Shaklee Produk Bahaya Dan Tak Lulus KKM? JOM KENALI PRODUK SHAKLEE...

Shaklee Produk Bahaya Dan Tak Lulus KKM?
Bukan sahaja bahaya dan tak lulus KKM,malah amat berleluasa sekali khabar angin mengatakan Shaklee tak halal (mengandungi unsur babi).menggunakan produk yang tidak diluluskan KKM memang bahaya dan boleh mendatangkan mudarat untuk kesihatan apatah lagi jika ia berunsurkan bahan yang tidak halal.ia begitu sensitif bagi pengguna beragama Islam.persoalannya,betul ke Shaklee Produk Bahaya Dan Tak Lulus KKM?
Sebelum tu,jom baca sejarah penubuhan Shaklee..

Shaklee diasaskan oleh Dr Forrest C Shaklee,merupakan sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk kesihatan yang mesra alam.sudah lebih 55tahun Shaklee bertapak di Malaysia dan mendapat kepercayaan tinggi dari segenap lapisan masyarakat termasuk golongan professional.

Apa yang TIADA dalam produk Shaklee
-TIDAK mengandungi Paraben
-TIDAK mengandungi Triklosan
-TIDAK mengandungi Pthalates
-TIDAK mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat(SLS)
-TIDAK mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat(SLES)
-TIDAK mengandungi 1,4 Dioksana
-TIDAK mengandungi Glikol
-TIDAK mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ‘volatile’
-TIDAK mengandungi Asid Hidroklorik
-TIDAK mengandungi Ammonia
-TIDAK mengandungi Sodium Hidroksida
-TIDAK mengandungi Butyl Cellosolve
-TIDAK mengandungi Formaldehyde
-TIDAK mengandungi Bisfenol-A
-TIDAK mengandungi Petroleum Distillates
-TIDAK mengandungi Toluene
-TIDAK mengandungi Peluntur Warna
-TIDAK mengandungi Bahan Perisa
-TIDAK mengandungi Pewarna
-TIDAK mengandungi Lemak Trans
-TIDAK mengandungi Pemanis Tiruan
-TIDAK mengandungi Dakwat Toksin
-TIDAK mengandungi Bahan-bahan Terlarang

Selain itu,Shaklee juga berterusan menjalani pelbagai ujian klinikal
lebih 500juta USD dilaburkan setiap tahun untuk ujian klinikal 
ujian klinikal dijalankan ke atas setiap produk
hasil kajian diterbitkan dalam jurnal-jurnal terkenal


Shaklee juga adalah Vitamin Semulajadi,bukan ‘sintetik’ seperti vitamin atau suplemen biasa yang ada di pasaran.harganya pula amatlah berbaloi selain tahan untuk kegunaan beberapa bulan.

Shaklee sudah lebih 55tahun bertapak di Malaysia,jika  produk Shaklee bahaya dan tak lulus KKM,pastinya ia telah beri impak yang tidak baik pada pelanggan.namun sebaliknya yang berlaku.ramai pengguna Shaklee mengakui bahawa kesihatan mereka dan keluarga jauh lebih baik selepas menggunakan produk Shaklee.

SEKARANG ANDA MASIH PERCAYA SHAKLEE PRODUK BAHAYA DAN TAK LULUS KKM?

Baiklah,kalau betul Shaklee tak bahaya dan diluluskan KKM,apa buktinya? Jom periksa status kelulusan.anda boleh semak senarai info produk untuk register dengan BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA menggunakan Quest3




Berikut pula adalah beberapa suplemen Shaklee yang tiada dalam senarai kelulusan KKM kerana dikategorikan sebagai makanan.makanan tak perlukan kelulusan KKM sebagaimana beras,gula dan minyak :
1.Energizing Soy Protein(ESP)
2.Perfomance Drink(PD)
3.Cinch Shake Mix,Vivix(minuman Botanical)
4.Advanced Joint Health Tablet(ekstrak jagung)
5.Collagen Powder(sisik ikan merah laut dalam)

Di bawah pula adalah sijil pengesahan halal shaklee oleh Islamic Services of America. Shaklee memang telah dijamin HALAL!! 

Shaklee memang telah terbukti HALAL,TIDAK BERBAHAYA,DAN DILULUSKAN KKM.Anda yang telah menggunakan produk shaklee,atau yang berhasrat untuk menggunakannya,jangan ragu-ragu.teruskan mengamalkan produk shaklee untuk kelestarian kesihatan anda sekeluarga!

rujukan : http://pesonamamamanja.blogspot.com/

Friday, 28 March 2014

NEW ENFORCEMENT


Nak share berita yang baru diterima dari HQ Shaklee
Alhamdulillah, saya senyum lebar apabila mendapat panggilan telefon dari Shaklee Home Office hari ini. Sudah lama dinantikan penguatkuasaan harga, 'standardization' atau lebih senang saya bahasakan sebagai:
"PENYELARASAN HARGA"
 Sekiranya anda ingin menikmati produk Shaklee pada HARGA AHLI, anda hendaklah berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE(sebagai consumer) atau PENGEDAR SAH SHAKLEE(untuk mereka yang ingin berbisnes).
 Sekiranya anda tidak berdaftar secara sah sebagai AHLI/PENGEDAR SAH SHAKLEE, anda tidak berhak untuk mendapatkan produk SHAKLEE pada HARGA AHLI, anda harus membayar pada HARGA PASARAN(Retail Price). Sila hormati hak pengedar/penjual produk Shaklee dengan tidak membuat sebarang TAWARAN HARGA yang lebih rendah dari HARGA PASARAN yang telah ditetapkan oleh SHAKLEE (M) SDN BHD.
==========================
"HARGA AHLI HANYA UNTUK AHLI/PENGEDAR SAH SHAKLEE SAHAJA"
==========================
JANGAN LAMBAT BERTINDAK! Daftar sekarang sebagai AHLI/PENGEDAR SAH SHAKLEE.
📢 Pendaftaran keahlian adalah serendah RM 65 SAHAJA dan ia adalah KEAHLIAN SEUMUR HIDUP
ATAU
📢 Dengan pembelian produk bernilai 200 UV anda layak mendapat KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA.
--------------------------------------------
📢 PENGUATKUASAAN INI BERKUATKUASA SERTA MERTA ").
📢 Dapatkan maklumat lanjut dari Pengedar Sah Shaklee anda.
Yang Menurut Perintah,
Master Iffah Anuar a.k.a NinjaPah~
Shaklee ID: 846148

Tuesday, 18 March 2014

HERBAL BLEND

Fuhhh!! agak lama menyepi...
Akhirnya sempat luangkan sedikit masa nak cerita pasal HOTTT ITEMS ni..
Dah lama habis stok.. Customers asyik duk tanya bila nk restock?? 
FINALLY!!! HERBAL BLEND SHAKLEE RESTOCK!!!!
Berita gembira untuk korang kan???
saya lagi la gembira sebab boleh penuhi permintaan korang2 semua ni haaa..

KORANG TEROKAI SENDIRI LA YE KELEBIHAN CREAM NI...
1 PRODUK UNTUK SEISI KELUARGA!!



pm
0145222876
facebook.com/Suppliment2you

Monday, 3 March 2014

10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE


Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?

Jika anda adalah salah seorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.

Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!

Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 10 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein atau ESP Shaklee ini untuk anda.

10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?
2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
3. Berapa harga satu canister ESP?
4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
6. Apa rasa ESP sebenarnya?
7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
10. Bagaimana saya hendak order ESP ini?
__________________________________________________

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak musnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?

Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu, harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?

Nak tahu berapa harga untuk 1 canister ESP boleh pm / 0145222876... *HARGA MEMANG SPECIAL!!!

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?

Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

Sesuai untuk semua lapisan:

1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?

Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
Membantu pembentukan sel-sel baru.
Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.
Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

Kebaikan ESP 10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE
ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI.

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.
Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
TETAPI, tahukah anda sebenarnya PROTEIN sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

10. Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera.

cr celikvitamin