Entri kali ni, saya ingin berkongsi tentang produk shaklee untuk penyakit Asma. Tapi sebelum tu, kita kena la kenal dulu apa itu penyakit asma kan? jom kenali penyakit asma...
Asma atau lelah adalah penyakit saluran udara yang kronik. Penyakit immunologi yang menyebabkan kita sukar untuk bernafas. Ini adalah kerana ketika diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma atau lelah ni mungkin akan mengalami pernafasan bersiul iaitu wheezing, sesak nafas dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara akan mengecil dan menghalang pernafsan dan apabila ini terjadi paru-paru akan berkurangan udara. Dan akibatnya daripada itu, pesakit boleh jatuh pengsan.
Tanda-tanda atau simptom penyakit asma adalah seperti sesak nafas, nafas berbunyi, ketat dada dan batuk.Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang membengkak tadi.
Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan.
Ni antara testimoni yang da berjaya mengurangkan serangan asma..

Omega Guard mmg berkesan untuk mengurangkan serangan asma ni. Bukan setakat asma je, untuk kanak2 yang antibodi lemah, kerap demam & selesema, untuk sakit2 sendi, untuk kurus pun boleh okay!!
Kenapa ye OmegaGuard ni begitu berkesan?
Sebabnya, OmegaGuard ni mengandungi asid lemak Omega3 yang pekat lagi tulen ..
Omega Guard melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya, ia telah melalui penyulingan proprietari 3 molekul yang telah menghasilkan sebegitu tulen dan pekat asid lemak Omega nya.
Kaedah ni, memang teramat2 mahal dan hanya Shaklee satu2nya yang menghasilkan minyak ikan dengan proses sebegini hebat. Sebab tu, harganya setara dgn kualiti bukan jauh mahal okes. Masih mampu milik sebenarnya dengan dibandingkan manfaat yang datang darinya.
Minyak ikan dalam OmegaGuard ni bukan datang dari hati ikan okes.. sebabnya kat hati kandungan toksid nya terlalu tinggi wooo..
Omega Guard ni adalah Minyak Ikan Terbaik Di Dunia. Ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
Antara keistimewaan Omega Guard yang lain :
Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?
Ibu Hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
- Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
- Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
Ibu Menyusu
- Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
- Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
- Memperkuat sistem imunisasi badan
Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.
Sering dilanda masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema berterusan
- Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
- Sakit Stroke