Saturday, 14 December 2013

SLE BOLEH DI RAWAT DGN VIVIX SHAKLEE













Apakah SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan
beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Apakah Gejala-gejala SLE?

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:
~Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
~Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
~Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
~Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
~Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
~Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
~Sawan, strok dan gangguan mental
~Risiko untuk mendapat darah beku
~Kerap keguguran bayi
~Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
~Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

                                


No comments:

Post a Comment